Dalam kes (baju Olimpik) ini, puncanya bukan Datuk Hamidin jadi nak gugurkan beliau kenapa? – Hannah Yeoh

95

Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Hannah Yeoh membidas dan mempersoal desakan orang ramai yang mahu Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin dipecat dek kontroversi pakaian rasmi Malaysia baru-baru ini.

“Kita perlu kenal pasti punca masalah tersebut dan dalam kes ini (baju Olimpik) puncanya bukan Datuk Hamidin jadi nak gugurkan beliau kenapa?

Datuk Hamidin bukan seorang pemimpin yang sempurna seperti saya juga kita semua bukan sempurna tetapi saya percaya dengan sumber yang beliau ada dan halangan yang beliau hadapi, beliau telah melaksanakan tanggungjawab dengan mendengar,”

katanya.

Hannah turut mengulas lanjut mengenai komen mantan Menteri KBS iaitu Khairy Jamaluddin terhadap isu baju dan berkata setiap pemimpin mempunyai cara mereka tersendiri.


“Saya juga telah lihat komen mantan Menteri KBS yang memaklumkan masa zaman beliau, itu cara beliau.

Setiap pemimpin mempunyai cara kepimpinan yang berlainan. Untuk saya, saya menghormati pemegang taruh kita dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan pemegang taruh utama bagi KBS dan saya mempunyai cara kerja yang rapat dengan mereka dan saya menghormati mereka sebagai satu institusi.

Apabila saya terima maklumat, saya dimaklumkan bahawa selama ini zaman KJ itu adalah cara KJ tetapi selepas itu saya telah dimaklumkan bahawa MOM yang menentukan rekaan untuk jersi dan ini bukan baju untuk perbarisan.”

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa pihak KBS telah memberikan pandangan kepada kepada Presiden MOM iaitu Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

“Saya percaya MOM mampu mengatasi masalah ini dengan baik. Kita harus hormati MOM yang mempunyai kontrak dengan Yonex dan saya serahkan kepada Tan Sri Norza dan saya percaya beliau mampu menyelesaikannya.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen