Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku! Saya sudah hubungi pihak istana untuk mengadap Sultan Selangor– Hamidin

234

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan bahawa beliau sudah menghantar surat kepada pihak istana bagi untuk memohon mengadap Tuanku Sultan Selangor, DYTM Sultan Sharaduddin Idris Shah.

Permohonan untuk mengadap Sultan Selangor dibuat selepas baginda murka dan amat dukacita dengan keputusan Malaysian Football League (MFL) dan FAM khususnya Presiden FAM iaitu Hamidin berhubung kes ketidakhadiran Selangor FC pada aksi Piala Sumbangsih, 10 Mei lalu.


“Saya maklum dengan dukacita Tuanku Sultan Selangor tentang perkara tersebut iaitu keputusan MFL dan saya sendiri telah menghubungi pihak istana Selangor semalam untuk mengadap Tuanku Sultan Selangor dan hari ini saya telah susuli dengan warkah surat untuk mengadap.

Jadi insyaAllah saya akan cuba selesaikan dengan bertemu dengan Tuanku Sultan Selangor untuk beri penjelasan,”

katanya.

Dalam pada itu, Hamidin akur dengan apa yang berlaku pada dirinya sepanjang minggu yang disifatkan sebagai minggu yang cukup mencabar buat dirinya.

Ini kerana beliau bukan sahaja terpalit dengan isu bola sepak tetapi juga terpalit dengan kontroversi pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung pada bulan Julai nanti.

“Saya rasa ada hikmah dengan apa yang berlaku. Sebagai orang Islam bila kita terima dugaan dia ada dua iaitu samada kifarah atau menaikkan martabat, jadi saya terima dan akan hadapinya.

Kalau kita salah kita mengalah salahlah, kalau kita buat dengan betul, kita buat betul.”

Hamidin juga memberitahu beliau akan terus buat yang terbaik untuk sukan bola sepak di Malaysia selagi beliau memegang jawatan dalam badan induk bola sepak negara.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen