Erick Thohir buat kerja sangat baik, bangga dengan pembangunan bola sepak di Indonesia – Tim Cahill

113

Semalam telah berlangsungnya undian pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur dengan tumpuan kepada pasukan Indonesia yang menjadi satu-satunya negara dari Asia Tenggara yang layak.

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA), Tim Cahill turut gembira dan bangga melihat perkembangan positif bola sepak Indonesia sejak diterajui oleh Erick Thohir.


“Saya berasa bangga kerana anda dapat melihat pembangunan bola sepak di Indonesia terutamanya prestasi skuad B-23 dibawah pimpinan Presiden PSSI, Erick Thohir yang melakukan kerja dengan sangat bagus.

Liga di sana juga sangat bagus kerana mereka mempunyai peminat yang fanatik, ramai pemain muda berkualiti yang bukan sahaja bermain di liga domestik tetapi juga bermain di liga luar negara,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, pada undian tersebut telah menyaksikan Indonesia telah diundi dalam Kumpulan C bersama pasukan gergasi lain iaitu Jepun, Australia, Arab Saudi, Bahrain dan China.

Dua pasukan teratas kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Manakala pasukan di kedudukan ketiga dan keempat akan layak ke pusingan keempat kelayakan Piala Dunia.