Safawi Rasid waspada dengan ancaman Sabah FC walaupun bawa bekalan 4-0 ke Likas

17

Ketua apsukan Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid memberitahu bahawa mereka tetap perlu berwaspada dengan ancaman pasukan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua Piala FA 2024 walaupun bawa bekalan selesa empat gol ke Stadium Likas, Sabah nanti.

Menurut Safawi, kesemua pemain perlu turun dengan mentaliti seperti kedudukan masih terikat bersemangat seperti aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).


“Kita akan bermain ‘away’ nanti dan kita tidak tahu keputusan lagi jadi saya rasa kita kena berwaspada walaupun kita sudah menang 4-0 tapi kita kena main seperti kedudukan 0-0 dan main seperti hari ini (Jumaat).

Jadi untuk perlawanan akan datang ini kita perlu lebih berhati-hati,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Safawi mengakui mereka tidak menyangka bahawa mereka dapat menang dengan selesa kerana sedar Sabah juga merupakan salah sebuah pasukan hebat tapi bersyukur apabila kerja keras setiap pemain di atas padang berjaya memberikan kemenangan buat mereka.

Safawi pada masa sama turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong-penyokong yang turun ke stadium untuk memberikan sokongan padu buat pasukan.

Sementara itu, pemain kebangsaan Harimau Malaya itu juga mengakui dirinya belum sampai ke tahap yang dimahukan dan perlukan tempoh beberapa bulan lagi untuk kembali ke prestasi sebenar.

“Saya sama seperti pemain-pemain lagi yang mana perlukan masa dan tidak semestinya tujuh atau lapan perlawanan akan dapat prestasi terbaik.

Mungkin dua atau tiga bulan lagi insyaAllah.”