Kami dah bersiap sedia nak ‘bantai’ semua orang di MSC – Yums

20

Pemain apsukan e-sukan MLBB Selangor Red Giants (SRG), Yums memberitahu bahawa pasukannya sudah bersiap sedia untuk mengharungi saingan MSC Esports World Cup 2024 yang akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

“Kami sebenarnya sudah buat persiapan lebih awal dan kini sudah bersiap sedia nak ‘bantai’ semua orang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Yums sebelum ini baru sahaja mewakili Malaysia pada kejohanan World Esports IESF.


Dalam pada itu, beliau turut bangga apabila pasukan-pasukan dari luar negara mula bercakap mengenai SRG.

“Pertama sekali saya rasa bangga dan kami di SRG seronok yang menyokong kita jadi kami sasar untuk jadi juara di MSC nanti.”

Beliau pada masa sama tekad untuk tingkatkan prestasinya terutamanya di pentas antarabangsa berikutan sebelum ini beliau kurang menyerlah.

“Saya kurang ‘perform’ sebelum ini di pentas antarabangsa, tapi kami akan buktikan yang MSC musim ini adalah kami punya.”

Sementara itu, Yums turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong SRG yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka dan beliau berjanji akan cuba dapatkan kejayaan di sana nanti.

Selain SRG, sebuah lagi pasukan dari Malaysia iaitu Homebois turut sama berentap di MSC 2024 selepas mereka berjaya jadi ‘best of one’ pada aksi Wild Card.