“Mula memanah sebagai hobi, tak sangka dapat ke Olimpik pada masa yang singkat. Rezeki buat saya!”.

15

Segmen Ole Oly kali ini membawakan atlet dari sukan memanah iaitu Ariana Nur Dania. Ariana berumur 19 tahun dan ini merupakan kali pertama beliau akan ke Olimpik bersama 2 lagi atlet memanah lain yang juga melayakkan diri ke Olimpik iaitu Syaqiera Mashayikh dan Nurul Azreena. Beliau berkongsi pengalaman dan persiapan beliau untuk ke Olimpik pada tahun ini.