Saya nak buktikan saya ESP warganegara Malaysia terbaik – Gojes

28

Pemain pasukan e-sukan MLBB Selangor Red Giants (SRG), Gojes memberitahu fokusnya ketika ini adalah untuk buktikan bahawa dirinya adalah ESP tempatan terbaik ketika ini.

Menurut Gojes, beliau akan menggunakan platform kejohanan MSC Esports World Cup 2024 sebagai medan untuk tunjukkan kemampuan sebenarnya.


“Saya sudah buktikan kemampuan saya sebelum ini tapi mungkin saya nak buktikan yang saya adalah ESP warganegara Malaysia terbaik,”

katanya.

Gojes berkata demikian selepas beliau mempamerkan permainan cukup cemerlang ketika mewakili Malaysia di kejohanan World Esports IESF baru-baru ini biarpun jarang diturunkan pada saingan Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) musim 13.

Dalam pada itu, Gojes berharap agar peminat-peminat e-sukan di Malaysia akan memberikan sokongan buat pasukan yang mewakili negara ke MSC nanti.

“Mungkin di MPL tu Malaysia nak kecam Malaysia tu tiada masalah sebab liga tempatan tapi bila dah sampai wakil Malaysia, bawa nama negara jangan kecam sebaliknya kita kena sokong Malaysia.”

Beliau pada masa sama turut meluahkan terima kasihnya kepada peminat-peminat SRG yang sentiasa menyokong mereka sejak dari awal dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik mereka di pentas antarabangsa nanti.

Sementara itu, selain SRG sebuah lagi pasukan dari Malaysia iaitu Homebois akan turut berentap di MSC 2024 yang akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi selepas mereka berjaya menjadi ‘best of one’ dalam aksi Wild Card.