Ariana Nur Dania anggap keputusan tangguh pelajaran satu semesta untuk persiapan ke Olimpik keputusan tepat

79

Pemanah muda negara Ariana Nur Dania menyifatkan keputusannya untuk menangguhkan pelajarannya satu semesta adalah keputusan yang tepat bagi dirinya kerana mahu memberi tumpuan untuk latihan persiapan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Ya saya tangguhkan pelajaran buat sementara tapi saya tidak melihat tindakan itu sebagai satu kekurangan sebaliknya melihatnya dari sudut positif sebab selepas kelayakan saya memang betul-betul letak sasaran untuk buat yang terbaik di Olimpik nanti.

Jadi saya rasa ia adalah keputusan terbaik kerana saya dapat beri fokus 100% pada latihan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Ariana adalah pelajar diploma dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di German-Malaysia Institute (GMI) di Selangor.


Terdahulu beliau mengesahkan tiket ke Olimpik menerusi Kejohanan Benua Asia di Bangkok, Thailand pada November tahun lalu.

Selain Ariana, dua lagi atlet memanah iaitu Nurul Azreena dan Syaqiera Mashayikh turut akan beraksi di temasya terbesar dunia itu.

Dalam pada itu, Ariana berkata beliau dan rakan sepasukan tidak berasa tertekan apabila hanya pasukan memanah wanita sahaja yang layak ke Olimpik.

“Saya secara peribadi tidak berasa tekanan dan saya juga tidak akan letak tekanan kepada rakan sepasukan kerana kami akan ambil perkara ini sebagai pengalaman baru.

Memang kita sasar untuk buat yang terbaik di sana nanti. Kalau ada rezeki boleh menang pingat.”

Sukan Olimpik Paris akan membuka tirainya pada 26 Julai sehingga 11 Ogos.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen