Selangor Red Giants & Homebois akan turun beraksi di MSC 2024 hari ini!
Peminat e-sukan Mobile Legends tempatan pastinya teruja untuk menyaksikan kejohanan MSC Esports World Cup 2024 apabila dua wakil Malaysia iaitu Selangor Red Giants (SRG) dan Homebois akan turun berentap pada hari ini.
SRG berjaya layak secara automatik ke MSC 2024 selepas menjadi juara Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) untuk musim ke-13, manakala Homebois pula berjaya mara ke peringkat kumpulan selepas berjaya menjadi ‘best of one’ dalam aksi Wild Card.
Kejohanan yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi itu akan menyaksikan kedua-dua pasukan dari Malaysia akan turun beraksi.
Homebois akan menjadi wakil negara pertama yang akan beraksi di mana mereka akan menentang Team Spirit pada pukul 7.00pm.
Manakala SRG pula akan turun menentang pasukan See You Soon (SYS) pada pukul 8.30pm.
Dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan itu, diharap SRG dan Homebois dapat memperoleh kemenangan pada aksi pertama mereka.
Selepas menentang Team Spirit, Homebois akan turun menentang pasukan Twisted Minds dan Team Liquid Filipina pada Jumaat, 5 Julai.
Sementara SRG pula akan turun beraksi pada hari Sabtu menentang Team Falcons dan Fnatic Onic.
Oleh itu, ayuh rakyat Malaysia kita berikan sokongan buat kedua-dua wakil negara dengan harapan mereka dapat mencipta sejarah sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.