Farahiyah teruja menanti aksi pertama LWN menentang Selangor FC

250

Pemain pasukan Kelana United FC, Farahiyah Ridzuan mengakui Selangor FC merupakan antara pasukan terkuat bagi saingan Liga Wanita Nasional (LWN) 2024 selain pasukan Sabah dan tidak sabar untuk menanti aksi pertama menentang pasukan itu pada hujung minggu ini.

“Saya rasa Selangor FC akan beri saingan hebat pada musim ini. Buat masa ini latihan berjalan dengan lancar dan semua fokus untuk perlawanan pertama menentang Selangor.

Kami akan buat yang terbaik dan akan sedaya upaya untuk mendapatkan kemenangan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Saingan LWN akan membuka tirainya pada 6 Julai ini dengan perlawanan pembukaan di antara Kelana United menentang Selangor akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.


Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai persiapan pasukan Kelana United yang musim ini dibarisi oleh ramai pemain baru, Farahiyah memberitahu mereka tidak berdepan masalah untuk mendapatkan keserasian antara pemain.

“Dari segi keserasian itu tiada masalah sebab kami datang pun baru lepas perlawanan jadi ‘keserasian’ itu sudah ada.”

Tambahnya lagi, pasukan juga berada pada tahap terbaik dengan kesemua pemain bebas dari sebagai kecederaan.

Sementara itu, Farahiya juga berharap agar peminat Kelana United akan terus turun ke stadium untuk memberikan sokongan kepada mereka biarpun pada musim ini pihak penganjur mengenakan bayaran tiket untuk setiap perlawanan.

“Saya tiada komen lagi kerana ini kali pertama guna tiket kan jadi saya harap ia tidak akan menjadi masalah buat penyokong Kelana United.”