Saya mahu buat yang terbaik untuk buka mata lebih ramai jurulatih – Dhiyaa Addin

180

Pemain baru pasukan Kelana United FC, Dhiyaa Addin memberitahu beliau mahu buat yang terbaik untuk saingan Liga Wanita Nasional (LWN) musim ini supaya dapat bukan mata lebih ramai jurulatih dengan kemampuan dirinya.

“Kalau ada rezeki saya mahu buat yang terbaik supaya dapat buka mata lebih ramai jurulatih nampak prestasi saya di mana saya berada sekarang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut Dhiyaa, beliau bersyukur apabila dapat menyarung jersi pasukan Kelana United pada musim ini yang mana beliau teruja apabila dapat bermain dengan pemain-pemain senior selain dapat banyak belajar perkara baru.


“Rakan sepasukan di Kelana United ini semuanya lebih berusia daripada saya jadi mereka banyak mengajar sekiranya saya buat kesilapan dengan menegur dan saya akan cuba perbaiki kesilapan itu.”

Dalam pada itu, Dhiyaa yang merupakan bekas pemain Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) berkata bekas pasukannya itu merupakan antara pencabar utama untuk saingan LWN musim ini.

“Kita sedia maklum lapan pasukan akan bersaing pada musim ini dan pastinya semua mahukan kemenangan dan bagi saya saingan hebat-hebat belaka.

Antara pasukan yang akan jadi pencabar utama adalah Sabah, Selangor dan SSMP.”

Sementara itu, Kelana United akan membuka tirai kempen LWN musim ini pada 6 Julai menentang elangor FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.