Rezeki saya mungkin lambat sikit, jadi kita tengah menunggu juga – Ooi Tze Liang

138

Atlet terjun negara, Ooi Tze Liang memberitahu beliau akan meneruskan latihan seperti biasa sambil menunggu keputusan daripada Akuatik Dunia samada akan ada slot tambahan atau tidak untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Untuk persiapan saya menjalani latihan berintensiti bersama Dhabitah dan beliau dapat slot itu minggu lepas jadi itu rezeki beliau.

Rezeki saya lain pula, mungkin lambat sikit, jadi kita tengah menunggu juga sekarang ini,”

katanya.

Tze Liang ketika ini sedang menunggu kekosongan slot selepas atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri sah akan membuat penampilan ketiganya di Olimpik menerusi lebihan kuota yang tidak digunakan atlet negara lain.


Semalam Pengarah Teknikal skuad terjun negara ke Sukan Olimpik iaitu Bryan Nickson Lomas berkata pihaknya akan menunggu sehingga 8 Julai ini untuk mendapat maklumat atau berita daripada pihak Akuatik Dunia samada ada slot tambahan atau tidak.

Jelas Bryan, sekiranya mereka tidak mendapat sebarang perkhabaran selepas 8 Julai ia bermakna tiada slot tambahan buat Tze Liang.

Dalam pada itu, Tze Liang juga berkata beliau menyerahkan rezekinya itu kepada Tuhan kerana beliau tidak meletak harapan tinggi dan tiada masalah sekiranya tidak dapat ke Olimpik.

“Ini bukan Olimpik pertama saya sebaliknya yang kedua selepas Olimpik Rio jadi untuk Olimpik kedua ini terpulang kepada Tuhan, ada rezeki ada dalam buku tulis nama Tze Liang maknanya adalah.

Kalau tiada, saya akan teruskan apa yang saya perlu buat termasuk teruskan latihan untuk kejohanan seterusnya.”