Stormie janji mahu beri keputusan baik dan buat Malaysia bangga di MSC 2024

124

Pemain pasukan e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Selangor Red Giants (SRG), Stormie harap penyokong Malaysia dapat terus memberi sokongan padu buat mereka dan berjanji akan buat yang terbaik untuk banggakan negara.

“Hentikan ‘cyberbully’ kepada pasukan Kemboja, focus dan terus beri sokongan padu buat pasukan Malaysia dan kami akan berikan keputusan yang baik untuk buat seluruh Malaysia bangga,”

katanya.

Stormie berkata demikian selepas penyokong Malaysia mengecam hebat pasukan See You Soon (SYS) susulan kontroversi ketika perlawanan pertama mereka baru-baru ini.


SRG yang bersaing dalam Kumpulan B berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan teratas dan telah layak ke suku akhir MSC Esports World Cup 2024 yang sedang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

Untuk aksi suku akhir, juara Mobile Legends: Bang Bang Profesional League Malaysia (MPL MY) musim ke-13 akan turun menentang pasukan dari Turki iaitu Fire Flux Esports yang akan berlangsung pada 10 Julai ini pada pukul 7.00pm.

Dalam pada itu, menjelang aksi peringkat kalah mati Stormie berkata beliau tidak berasa takut atau gementar langsung biarpun sedar cabaran besar menanti pasukannya sebaliknya beliau berasa cukup teruja dan tak sabar untuk turun beraksi nanti.

“Sebenarnya saya tidak berasa takut langsung sebaliknya cukup teruja untuk bertemu dengan kesemua pasukan yang bermain di ‘play-off’ nanti.”

Sementara itu, selain SRG satu lagi wakil Malaysia iaitu pasukan Homebois turut berjaya melangkah ke peringkat suku akhir yang mana mereka bakal bertemu dengan pasukan Nip Flash pada 11 Julai.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen