Saya nak tubuhkan pasukan HOK yang ada wakil Melayu – King Shah

98

Pencipta kandungan (content creator) dan Tiktokers popular King Shah menyuarakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah pasukan e-sukan Honor of Kings (HOK) yang mana ia akan dibarisi oleh pemain tempatan dan juga pemain berbangsa Melayu.

Ini kerana menurut King Shah, majoriti pemain HOK ketika ini adalah pemain berbangsa Cina.


“Untuk HOK memang saya ingin bangunkan pemain-pemain tempatan kerana jika kita lihat ketika ini pasukan dibarisi oleh pemain berbangsa Cina jadi apa yang saya nak buat adalah buat dari ‘zero’ di mana kita akan mempunyai pemain Melayu.

Ini kerana buat masa sekarang memang kita tak nampak pemain Melayu jadi saya mahu bangunkan pemain profesional Melayu. Orang Melayu sekarang ini sudah mula main HOK jadi saya mahu beri mereka semangat,”

katanya kepada Harimau Malaya.

King Shah berkata demikian ketika ditemui pada Grand Ginal HOK Invitational S2 yang berlangsung di Sunway Velocity Mall baru-baru ini.

Dalam pada itu, King Shah berkata untuk pasukan e-sukan HOK yang akan ditubuhkan olehnya nanti adalah merupakan 100 peratus miliknya.

“Sejujurnya masa saya buat King Empire di MPL MY saya hanya mempunyai pemilikan sebanyak 30% sahaja jadi kebanyakkannya bukan saya yang kendalikan kerana saya hanya kendalikan bahagian pemasaran sahaja.

Jadi untuk HOK adalah 100% saya kendalikan dan apabila saya kendalikan sepenuhnya saya akan susun dengan lebih cantik lagi dan apabila pasukan sudah siap, semua persediaan sudah cantik.”

Sementara itu, melihat kepada perkembangan positif HOK di Malaysia, King Shah berharap pasukan dari Malaysia dapat terus konsisten sehingga ke peringkat antarabangsa.