HOK akan dapat bertahan lama di Malaysia – Ikuto

45

Pengulas e-sukan Honor of Kings (HOK), Ikuto yakin permainan e-sukan yang baru bertapak di Malaysia iaitu HOK mampu bertahan lama.

“Saya boleh nampak sendiri permainan ini akan bertahan lama di sini. Kenapa saya boleh katakana dengan yakin kerana saya sendiri sudah mendengar perancangan e-sukan mereka dan pada masa yang sama anda sendiri boleh melihat betapa besarnya acara ‘offline’ yang berlaku hari ini,”

katanya.

Tambahnya lagi, pasukan daripada Malaysia merupakan antara negara yang terkuat HOK serta mempunyai komuniti yang besar.


“Saya tidak terkejut sekiranya satu hari nanti mampu untuk menandingi semua ‘game-game’ yang ada di luar sana.”

Ikuto berkata demikian selepas tamat perlawanan Grand Final HOK Invitational S2 antara LDG Gaming MY dengan Team Secret MY.

Pada aksi final itu menyaksikan pasukan LGD Gaming berjaya menang 3-2 untuk membawa pulang hadiah wang tunai lebih RM470 ribu.

Dalam pada itu, Ikuto berkata buat masa ini pencabar utama pasukan Malaysia apabila beraksi di pentas antarabangsa hanya dari pasukan dari negara China.

“Saya rasa pasukan yang sukar buat pasukan Malaysia adalah dari China saja. Kenapa saya berkata demikian kerana melihat kepada keputusan pada perlawanan HOK Invitational S2 kita dapat melihat pasukan dari Malaysia berada di tahap lebih jauh dari negara-negara lain.”