“Bagus untuk pengisian masa lapang, saya hantar anak saya ke sini untuk kurangkan main gajet!”.
Temubual eksklusif bersama Ibu bapa pemain Putra Vipers iaitu Zulaina Zulkipli. Akademi Tunas Putrajaya merupakan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
Program ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara dengan melatih pemain dari peringkat akar umbi dan juga menghasilkan pemain bertaraf dunia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.