Saya rasa belum layak untuk di ‘respect ban’ kerana masih junior – Sekys SRG
Pemain pasukan e-sukan MLBB Malaysia, Selangor Red Giants (SRG) iaitu Sekys memberitahu beliau merasakan dirinya masih belum layak digelar sebagai pemain hebat kerana beliau masih lagi baru.
“Secara peribadi saya tak jangka dan tak layak lagi untuk di ‘respect ban’ sebab saya rasa saya ni orang baru atau junior, oleh sebab itu saya tak menjangka perkara itu berlaku,”
katanya.
Sekys berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan banyak pasukan lawan yang ‘ban’ hero pilihannya.
SRG telah mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir selepas mereka berjaya menewaskan Fire Flux Esports 3-2 semalam.
Dalam pada itu, Sekys juga mengakui berasa sedikit tekanan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak 102 hari.
“Sejujurnya sudah semestinya berasa sedikit tertekan untuk kekalkan rekod tanpa kalah tapi tekanan untuk tidak kalah satu ‘game’ itu lagi berat. Yang ini okay sahaja tak terlampau tertekan seperti kita kena 2-0 sebelum itu.”
Sementara itu, Sekys juga berharap mereka akan bertemu dengan pasukan Liquid Echo sekiranya mereka berjaya mara ke perlawanan akhir MSC Esports World Cup 2024 yang sedang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.
“Saya rasa nak bertemu dengan Liquid Echo sebab kita tahu Coach Arcadia rapat dengan pasukan Liquid Echo dan mereka juga sebuah pasukan yang kuat, jadi sebab itu kita nak jumpa mereka.”