Tiada perubahan signifikan untuk Azeem, hanya 0.001% sahaja – Robert Ballard

61

Pengarah Teknikal Malaysia Athletics Federation, Robert Ballard memberitahu bahawa pihaknya tidak akan membuat perubahan yang signifikan terhadap pelari pecut negara Azeem Fahmi, sebaliknya hanya perubahan kecil untuk memantapkan larian beliau.

“Kita bekerjasama dengan Ken Harnden, ISN (Institut Sukan Negara) untuk mencari ‘gap’ pada prestasi seperti yang dimaklumkan Azeem sebelum ini.

Tiada perubahan signifikan, kita bercakap mengenai perubahan 0.001% sahaja. Perubahan kecil dari segi ‘body positioning’ akan memberikan hasil yang signifikan terhadap prestasi,”

katanya.

Tambah Ballard lagi, beliau tidak mahu mengubah keseluruhan teknik Azeem sebaliknya sedikit perubahan kecil termasuk memberikan keyakinan.


Dalam pada itu, Ballard berkata beliau mahu melihat Azeem memberikan persembahan terbaiknya untuk musim ini.

“Saya menjangkakan Azeem akan memberikan persembahan terbaiknya untuk musim ini dan sejah mana prestasi terbaik beliau pada musim ini juga bergantung kepada keadaan cuaca nanti.”

Terdahulu Azeem berjaya menempatkan dirinya ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mendapat slot ‘wild card’.

Temasya sukan terbesar dunia itu akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.