Saya akan buat yang terbaik untuk tidak hampakan KOM dan sasar untuk buat ‘season best’ – Azeem Fahmi

53

Jaguh pecut negara, Muhd Azeem Fahmi bertekad mahu berikan persembahan terbaiknya pada Sukan Olimpik Paris 2024 selepas beliau dipilih oleh Kesatuan Olimpik Malaysia (KOM) ke temasya itu menerusi slot ‘wild card’.

“Saya sebenarnya sudah bersiap sedia dari awal lagi walaupun ketika itu belum tahu samada slot ‘wild card’ itu akan diberikan kepada saya atau tidak tapi apabila saya dapat peluang itu saya mahu buat sesuatu di sana nanti.

Ini adalah kali pertama saya ke Olimpik dan sebagai atlet saya akan cuba yang terbaik untuk tidak hampakan KOM dan pada masa sama saya sasar untuk buat ‘season best’.

Apa sahaja boleh berlaku pada hari larian jadi mana tahu mungkin akan ada rekod kebangsaan yang baharu, jadi itu sasaran saya,”

katanya.

Tambahnya Azeem lagi, beliau juga menamatkan lariannya pada musim ini dengan catatan masa yang lebih baik.


Dalam pada itu, Azeem memberitahu beliau sudah pun berbincang dengan Pengarah Teknikal Malaysia Athletics Federation, Robert Ballard, jurulatihnya dan pihak Institut Sukan Negara (ISN) untuk buat percaturan terbaik untuk Olimpik.

“Bermula minggu hadapan saya akan menjalani latihan lebih khusus dan lebih agresif dan pada masa sama kita juga akan membuat analisis biomekanikal serta analisis prestasi supaya kita dapat melihat kelemahan dan kelebihan saya.”