Saya akan pecahkan rekod saya sendiri di Olimpik nanti – Tan Ruoxin

96

Atlet renang kebangsaan, Tan Ruoxin memberitahu beliau akan tampil dengan yakin di Sukan Olimpik Paris 2024 nanti kerana mahu pecah rekodnya sendiri di temasya itu yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

“Saya sentiasa beritahu diri saya sendiri untuk menjadi lebih yakin dan untuk jadi lebih berani untuk berjuang di Olimpik dan saya sangat berharap saya dapat pecahkan rekod peribadi saya dan saya akan pecahkan rekod terbaik peribadi di Paris,”

katanya.

Terdahulu Rouxin bersama seorang lagi perenang negara iaitu Steve Khiew Hoe Yean berjaya ke Olimpik selepas mendapat slot ‘wild card’ daripada badan induk sukan itu Akuatik Dunia.


Dalam pada itu, Rouxin mengakui berasa sedikit tertekan menjelang temasya sukan terbesar dunia itu dek kehadiran ramai perenang berkelas dunia.

“Sudah tentu saya berasa ‘pressure’ tapi saya sedang menyelesaikannya dengan cara saya sendiri seperti melakukan yoga untuk hilangkan stress.

Saya juga membuat persiapan yang cukup rapi dan akan buat yang terbaik di Olimpik nanti.”

Disebalik tekanan yang dihadapi, beliau turut bangga apabila dapat slot ‘wild card’ ke Olimpik kerana ia merupakan impian setiap atlet untuk beraksi di pentas tertinggi dunia.

Sementara itu, Rouxin juga memberitahu bahawa latihan beliau berjalan dengan lancar dan yakin beliau akan bersedia sepenuhnya apabila terbang ke Paris nanti.