Kita perlukan figura seperti Abang Zulkarnain untuk pimpin Sarawak FA ke zaman era kegemilangan – Fitry Johnwayne

36

Pengurus pertandingan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Fitry Johnwayne menyifatkan pelantikan tokoh sukan berpengalaman luas, Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman sebagai presiden badan induk bola sepak di negeri itu tepat pada waktunya.

Menurut Fitry, Presiden FAS baharu itu merupakan figura yang mampu untuk mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak di Sarawak.


“Bagi saya secara peribadi Presiden yang kini ada sekarang ini mempunyai pengalaman yang cukup luas yang mana beliau sebelum ini pernah berada dalam FAS sebelum ke FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) sebagai Timbalan Setiausaha Agong dan sekarang kembali ke FAS sebagai Presiden.

Jadi bagi saya dengan pengalaman yang beliau ada memang kita memerlukan orang seperti Abang Zulkarnain untuk memimpin Sarawak FA ke landasan yang betul dan mengembalikan era zaman kegemilangan seperti dahulu,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Tambahnya lagi, kesemua 12 persatuan bola sepak di seluruh Sarawak memberi sokongan penuh kepada Presiden untuk menjayakan visi dan misi FAS.

Dalam pada itu, Fitry turut mengulas mengenai visi dan misi 10:32 yang mana untuk fasa pertama ia sudah berada pada tahap 80%.

“Seperti visi 10:32 itu fasa pertama 80% pencapaian telah kita capai. Melainkan beberapa perkara yang melibatkan dana, lagi-lagi tahun ini kita fokus pada SUKMA jadi FAS banyak libatkan diri dalam urusan teknikal SUKMA.

InsyaAllah selepas SUKMA akan dijalankan. Setakat ini kejohanan di bahagian kita tangguh dahulu. Tapi program pembangunan memang kita berjalan sehingga ke hari ini.”

Terdahulu, Abang Zulkarnaian berjaya menang tanpa bertanding selepas mendapat sokongan mojoriti 12 ahli gabungan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM FAS) bagi penggal 2023-2025.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen