Walaupun ada masalah gaji tapi motivasi pasukan tinggi sebab aksi derbi Lembah Klang – Kenny Palraj

51

Pemain KL City FC, Kenny Palraj memberitahu masalah tunggakan gaji yang dihadapi mereka ketika ini tidak menjejaskan prestasi pasukan dan ia berjaya dibuktikan apabila mereka berjaya menewaskan musuh tradisi Selangor FC 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Kenny, kesemua pemain cukup bermotivasi kerana perlawanan semalam adalah perlawanan derbi Lembah Klang.


“Bagi saya prestasi pasukan tidak terjejas dari masalah gaji kerana setiap perlawanan kita akan turun memberikan aksi yang terbaik.

Hari ini motivasi lebih tinggi sebab aksi derbi yang mana kita menentang musuh tradisi Selangor sekaligus mendorong pemain-pemain untuk berikan yang terbaik,”

katanya.

Dalam pada itu, Kenny juga bersyukur apabila beliau berjaya mempamerkan prestasi terbaik apabila berjaya melakukan bantuan gol biarpun diletak bermain di posisi berbeza dari kebiasaan.

“Dari dulu lagi saya sudah biasa bermain di pelbagai posisi dan diakui memang sukar sedikit kerana sudah lama saya bermain di posisi pertahanan tengah (CB) dan apabila bermain di posisi tengah (midfield) agak sukar sedikit tapi bersyukur hari ini saya dapat beri persembahan terbaik.”

Sementara itu, dengan permulaan yang cukup positif buat skuad The City Boys di awal musim ini, Kenny meletak sasaran peribadi untuk pasukannya mencabar kedudukan tiga teratas liga pada musim ini.