SRG sudah buktikan pasukan Malaysia bukan lagi pasukan pelengkap jadual – Sekys
Pemain pasukan e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Selangor Red Giants (SRG) iaitu Sekys memberitahu bahawa mereka sudah membuktikan kepada dunia bahawa pasukan dari Malaysia kini bukan lagi pasukan pelengkap jadual di kejohanan antarabangsa.
Sekys berkata demikian selepas beliau bersama pasukannya SRG berjaya menjulang kejuaraan dunia MSC Esports World Cup 2024 buat pertama kali selepas menewaskan pasukan pilihan dari Filipina Falcons AP. Bren dengan keputusan 4-3.
“Kepada semua ‘haters’ dan netizen yang sebelum ini kata kami ‘easy server’ tapi sekarang kami sudah buktikan bahawa kami bukan lagi sekadar pasukan pelengkap jadual,”
katanya.
Kemenangan SRG itu menyaksikan mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah lebih RM4.7 juta.
Dalam pada itu, Sekys juga berkata Malaysia kini sudah menjadi kuasa besar di rantau Asia bersama Filipina dan Indonesia.
“Jika sebelum ini di rantau Asia orang hanya cakap pasukan dari Filipina dan Indonesia sahaja yang kuat tapi kini Malaysia juga sudah menjadi kuasa besar dan pasukan lain perlu beri perhatian terutamanya SRG.”
Sementara itu, Sekys turut berkata wang kemenangan yang diterima beliau akan menyimpan untuk masa hadapannya.