Johan ‘Jojo’ Ghazali mahu ‘rematch’ dengan Nguyen Tran Duy Nhat selepas ONE 168

46

Petarung sensasi tanah air, Johan ‘Jojo’ Ghazali memberitahu beliau mahukan perlawanan semula ‘rematch’ dengan petarung Nguyen Tran Duy Nhat selepas beliau tewas dalam ONE Championship 167 menerusi keputusan pengadil.

Menurut Jojo, beliau sudah pun membuat persiapan rapi untuk perlawanan tersebut tetapi percaturan yang dilakukan tidak menjadi.


“Sudah tentu saya tahu perlawanan menentang Nguyen bukan senang kerana beliau merupakan juara lima kali Sukan SEA, malah beliau merupakan petarung lama dalam One Championship.

Saya tidak terkejut dengan pengalaman Nguyen cuma ada ‘lack’ sikit masa itu. Antaranya kekurangan dari segi pengalaman dan ‘game plan’ saya ketika itu salah. Jadi selepas lawan dengan Josue Cruz saya nak ‘rematch’ balik dengan Nguyen,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Jojo turut berkata beliau tidak bersependapat dengan kata-kata netizen yang mengatakan Nguyen cuba berlari-lari darinya ketika perlawanan sedang berlangsung.

“Sudah tentu itu adalah ‘game plan’ Nguyen sebab kalau saya Nguyen pun saya akan buat benda yang sama. Saya faham kenapa Nguyen buat macam itu sebab kalau dia nak ‘fight one on one’ dengan saya 100% memang tak dapat sebab dia pun dah berusia jadi saya faham.”

Tambahnya lagi, sekiranya perlawanan ‘rematch’ menjadi kenyataan beliau akan turun dengan ‘game plan’ yang berbeza.

Dalam pada itu, Jojo turut berkongsi rutin hariannya yang mana rejim latihan yang dibuatnya sebanyak dua sesi iaitu pagi dan petang dengan jumlah masa latihan lebih lapan sejam sehari.