Johan ‘Jojo’ Ghazali terbuka untuk sertai MMA pula selepas ini

53

Petarung Muay Thai sensasi tanah air, Johan ‘Jojo’ Ghazali tidak menolak kemungkinan satu hari nanti akan menyertai sukan tempur campuran atau lebih dikenali sebagai MMA (mix martial art).

“Untuk masa hadapan belum tahu lagi nak masuk MMA ke tidak tapi mungkin. Seperti yang saya cakap sebelum ini saya masih muda jadi banyak perkara boleh berlaku.

Jadi kalau saya cakap tak sekarang tapi mungkin dua tiga tahun lagi saya nak pulak, jadi belum tahu lagi,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Jojo kini sedang membuat persiapan menjelang aksi ketujuhnya di ONE Championship yang mana beliau dijadualkan akan menentang Josue ‘Tuzo’ Cruz pada ONE 168: Denver.


Jojo dalam misi untuk buat kebangkitan semula selepas rekod bersih lima kemenangan di ONE Championship berkecai selepas beliau tewas kepada ‘No. 1’ Nguyen Tran Duy Nhat baru-baru ini.

“Saya rasa okay sebab pernah melihat kesemua perlawanan Josue. Beliau petarung yang lebih tua dari saya lebih kurang 11 tahun dan dengan usia itu pastinya beliau mempunyai lebih pengalaman tapi insyaAllah saya tiada masalah kali ini.”

Perlawanan Muay Thai flyweight itu akan berlangsung di Ball Arena di Denver, Colorado pada 6 September ini.

Sementara itu, Jojo berkata beliau tiada petarung kegemaran sebaliknya mengambil inspirasi daripada semua petarung.