Saya tidak mahu berhijrah ke kelab lain – Paulo Josue

53

Ketua pasukan KL City FC, Paulo Josue menegaskan bahawa beliau mahu kekal bersama kelab itu dan tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berhijrah ke kelab lain atau berhijrah ke luar negara.

Menurut Josue, beliau tiada masalah untuk terus menyarung jersi The City Boys namum perlukan komitmen daripada pihak kelab untuk membayar gajinya sahaja.


“Saya sudah bercakap dengan Stanley (CEO) banyak kali menyatakan saya tidak mahu tinggalkan pasukan, saya tidak mahu tinggalkan negara dan tidak mahu berhijrah ke kelab lain.

Bagi saya semuanya mudah untuk diselesaikan, saya hanya perlukan kelab beri komitmen untuk bayar gaji saya.

Saya masih mempunyai baki kontrak dua tahun, jadi saya okay sahaja jika kelab berdepan sedikit masalah selagi mereka bayar gaji berdasarkan kontrak. Tapi jika mereka berdepan masalah, saya tiada masalah mereka bayar secara ansuran,”

katanya.

Josue berkata demikian bagi mengulas mengenai masalah tunggakan gaji tujuh bulan yang dihadapi olehnya dan juga rakan sepasukan lain.

Tambahnya lagi, beliau juga berharap dapat meneruskan kariernya bersama KL City sehingga beliau bersara.

Dalam pada itu, pemain kebangsaan Harimau Malaya itu berkata beliau sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali turun beraksi.

“Saya sangat bersyukur kerana KLFA buka peluang kepada saya dan sudah tentu prestasi amat penting, oleh sebab itu saya sentiasa berikan yang terbaik untuk bantu pasukan naikkan pasukan bersama rakan sepasukan lain.”

Terdahulu dalam aksi derbi Lembah Klang telah menyaksikan KL City berjaya tumbangkan Selangor FC 1-0 dalam aksi yang cukup menarik.