Kami akan sediakan produk untuk atlet, jurulatih, pegawai dan media di Paris nanti – Lim Kerwin

54

Dengan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bakal membuka tirainya pada hujung bulan ini, Nestle akan bersama kontinjen Malaysia yang mana mereka akan menaja seluruh kontinjen negara.

Menurut Pengurus Pemasaran Sukan Produk Nestle, Lim Kerwin berkata penajaan itu tidak terhad kepada atlet negara sahaja.


“Untuk Olimpik kali ini kami akan buat persiapan seperti biasa iaitu produk Nestle di mana majoritinya Milo dalam bentuk sachet supaya mudah untuk atlet bawa ketika ‘travelling’.

Kami juga akan menyediakan produk lain seperti kepada mereka juga. Saya juga ingin maklumkan bahawa ia bukan untuk atlet sahaja tetapi juga kepada jurulatih, secretariat, pengurus dan juga media yang berada di sana nanti,”

katanya.

Dalam pada itu, Lim turut menjelaskan bahawa tajaan wang tunai akan diberikan terus kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) setiap tahun.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Pembentangan Tajaan untuk kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris.

Sementara itu, beliau turut memberitahu pihak mereka akan meneruskan kerjasama antara kedua-dua pihak yang sudah pun terjalin sejak tujuh dekad yang lalu.

“Bagi saya sudah tentu ya kerana kami sudah bekerjasama sejak tahun 50an lagi atau kini sudah lebih 70 tahun jadi kami menjangkakan kerjasama ini akan berterusan bagi menyokong kontinjen Malaysia.”