Kim Pan-gon akui pernah dapat tawaran lumayan dari China tapi tolak demi Harimau Malaya

65

Bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon mendedahkan bahawa beliau pernah mendapat tawaran yang cukup lumayan dari China pada hujung tahun lalu tetapi ambil keputusan untuk tolak tawaran tersebut kerana mahu kekal bersama Harimau Malaya.

“Pada Disember tahun lalu saya dapat tawaran yang cukup lumayan dari China tapi saya tolak kerana mahu ke Piala Asia,”

katanya.

Pan-gon berkata demikian pada sidang media peletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan berkuat kuasa serta merta.


Dalam pada itu, sepanjang Pan-gon mengendalikan skuad negara sejak 21 Januari 2022 beliau telah mengharungi sebanyak 35 perlawanan dengan berjaya mencapai 20 kemenangan, lima seri dan 10 kekalahan.

Lebih menakjubkan lagi beliau berjaya bawa Malaysia dari kedudukan FIFA ranking ke-154 kepada ke-135 dunia sebelum letak jawatan.

Sementara itu, Pan-gon juga berkata beliau belum lagi memaklum kepada pemain-pemain mengenai keputusannya untuk meletak jawatan.

“Saya akan mula menghubungi mereka selepas ini kerana mereka tidak tahu kerana selalunya kita tidak akan berhubung dengan pemain sekiranya tiada kem latihan kerana pemain-pemain ini adalah milik kelab.

Jadi mungkin selepas ini saya akan hubungi mereka untuk cakap ‘maaf saya terpaksa tinggalkan pasukan’.”