Tan Rou Xin akan buat yang terbaik dan tidak ‘overthinking’ di Olimpik nanti

118

Atlet renang negara Tan Rou Xin teruja dan pada masa sama sedikit gementar apabila bakal bertanding di temasya Sukan Olimpik Paris buat pertama kali.

Sedar cabaran besar yang menanti, Tan Rou Xin berkata beliau akan buat yang terbaik dan akan mendengar arahan daripada jurulatihnya untuk tidak terlalu memikirkan ketika di sana nanti.


Tan Rou Xin akan terbang ke Ireland untuk meneruskan latihannya di sana bagi menyesuaikan diri dengan keadaan di sana sebelum ke Paris.

“Memang rasa gementar sikit sebab dah nak pergi tapi saya sudah bersedia kerana sudah buat persiapan rapi dan saya akan pergi sana (Ireland) untuk berlatih bagi menyesuaikan diri dengan perbezaan masa dan lain-lain.

Jurulatih juga ada memberi nasihat dan kata-kata semangat yang mana beliau mahu saya kekal tenang dan tidak ‘overthinking’,”

katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kedua ibu bapanya yang sentiasa berada di belakangnya untuk menyokong perjuangannya di Olimpik nanti.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada jurulatih, rakan pasukan, ibu bapa kerana sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

Ia memang bermakna buat saya kerana ini adalah Olimpik pertama saya.”

Sukan Olimpik Paris akan membuka tirainya pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.