Teruja dan harap semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang – Khiew Hoe Yean

55

Atlet renang kebangsaan, Khiew Hoe Yean memberitahu beliau berasa cukup teruja untuk ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dan berharap dapat memberikan prestasi terbaiknya apabila bertanding di sana nanti.

Sebelum ke Paris, Khiew Hoe Yean akan terbang ke Ireland terlebih dahulu untuk menjalani latihan di sana bagi menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.


“Saya berasa cukup teruja untuk beraksi di Olimpik dan juga kem latihan nanti jadi saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang nanti,”

katanya.

Selain Khiew Hoe Yean, rakan sepasukan Tan Rou Xin juga akan turut sama menjalani kem latihan di Ireland sebelum mereka terbang ke Paris.

Dalam pada itu, Khiew Hoe Yean berkata biarpun ini adalah Olimpik pertamanya tetapi beliau mahu buat yang terbaik untuk cuba dapatkan catatan masa terbaik.

“Saya akan buat yang terbaik dan berharap dapat pecahkan rekod ‘personal best’ saya nanti di sana.”

Rekod terbaik Khiew Hoe Yean yang juga rekod kebangsaan iaitu 3.48.36 saat (s).

Sementara itu, Sukan Olimpik Paris akan membuka tirainya pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.