Bukan pemain saja tapi jurulatih juga sudah kena ‘pancing’ – OzoraVeki

47

Pembantu jurulatih pasukan e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Selangor Red Giants (SRG), OzoraVeki mendedahkan bukan pemain-pemainnya sahaja yang dipancing tetapi barisan kejurulatihan turut dipancing.

Pemain-pemain dan barisan kejurulatihan SRG kini menjadi tumpuan selepas mereka berjaya menjulang kejuaraan MSC Esports World Cup 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.


“Bukan saja pemain-pemain saja yang kena pancing tapi barisan kejurulatihan juga dapat tawaran tapi kita akan buat yang terbaik untuk kekalkan barisan pemain dan jurulatih kerana kita mempunyai misi lain lagi selepas ini,”

katanya kepada Harimau Malaya.

SRG berjaya cipta sejarah selepas mereka berjaya tewaskan pasukan pilihan Falcons AP. Bren dalam aksi yang cukup dramatik dimana ia berkesudahan dengan keputusan 4-3.

Dalam pada itu, OzoraVeki berkata mereka akan berehat sekejap sahaja sebelum kembali turun berlatih untuk buat persiapan bagi menghadapi kejohanan terbesar M6 World Championship.

“Sasaran kita selepas ini adalah untuk jadi juara M6 tapi untuk kejohanan seterusnya kita akan cuba ‘perform’ di kejohanan Snapdragon.”

Sementara itu, beliau yang sudah berkecimpung dalam dunia e-sukan selama 10 tahun tidak menyangka mampu mendapat gelaran juara dunia.

“Pengorbanan 10 tahun dalam e-sukan saya tak sangka dan terkejut dapat jadi juara dunia sebab. Jadi kepada mereka di luar sana yang mempunyai impian jangan sesekali ‘give up’ dan terus berusaha untuk capai impian itu.”