Simon Lim serahkan sepenuhnya kepada Arcadia dan OzoraVeki untuk tentukan skuad SRG

139

Ketua pasukan e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Selangor Red Giants (SRG), Simon Lim memberitahu bahawa menyerahkan sepenuhnya kepada barisan kejurulatihan iaitu Coach Arcadia dan Coach OzoraVeki untuk tentukan samada mahu kekalkan pemain sedia ada atau sebaliknya.

Simon berkata demikian selepas ramai pemain-pemain SRG mendapat tawaran daripada pasukan lain selepas mereka berjaya mencipta sejarah apabila berjaya menjulang kejuaraan MSC Esports World Cup 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.


“Sejak dua hari ni Whatsapp saya sangat sibuk dan baru-baru ini juga dapat tawaran yang serius. Bagi saya pasal ‘roster’ saya serah 100% kepada Coach Arcadia dan OzoraVeki.

Keputusan untuk kekalkan atau nak lepaskan. Tapi bagi saya kalau boleh tak nak sebab saya rasa pasukan sedia ada ini boleh pergi lebih jauh.

Mereka juga masih belum ‘peak’ lagi, jadi kalau tanya saya memang saya mahu kekalkan semua,”

katanya.

Terdahulu pada aksi Grand Final MSC 2024, SRG telah melakar kejutan besar apabila menewaskan pasukan pilihan Falcons AP. Bren dalam aksi yang cukup dramatik berkesudahan dengan keputusan 4-3.

Dalam pada itu, Simon berkata pasukan akan berehat untuk tempoh tiga hari dan kemudian mereka akan mengadakan majlis bagi meraikan kejayaan bersama peminat sebelum kembali turun berlatih.

“Mereka akan berehat selama tiga hari dan semua akan kembali berkumpul pada hari Sabtu dan kami juga merancang untuk buat majlis sambutan meraikan kejayaan bersama peminat pada hari Ahad yang mana venue kami akan tentukan nanti.

Pada hari Isnin kami akan kembali turun berlatih seperti biasa.”

Sementara itu, Simon turut mendedikasikan kemenangan SRG kepada seluruh peminat mereka yang menyokong mereka sejak mereka buat penampilan pada musim ke-11 hingga ke-13.