Waktu MSC 2018 kami juga kena ‘sabotaj’ sama seperti SRG – XK Penjahat
Bekas pemain profesional e-sukan Mobile Lengends Bang Bang (MLBB), Sofian bin Sultan terkejut apabila pasukan Selangor Red Giants (SRG) menjadi mangsa ‘sabotaj’ ketika perlawanan peringkat kumpulan di MSC Esports World Cup 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.
Menurut Sofian atau lebih dikenali sebagai XK Penjahat, ini adalah kali kedua pasukan dari Malaysia menerima nasib yang sama kerana pada MSC 2018 nasib sama menimpa pasukannya.
“Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana perkara macam ini boleh berlaku tapi Boss Simon tu boss kami dan beliau melalui perkara sama dua kali. Tak sangka pula beliau kena dua kali.
Ketika saya kena dulu memang kecewa sangat kerana kita sudah layak tapi tiba-tiba pula jadi macam tu, tapi terima dan ‘move on’ jela,”
katanya.
XK Penjahat turut gembira melihat perkembangan e-sukan di Malaysia terutamanya MLBB yang semakin berkembang dengan cukup positif tambahan pasukan SRG berjaya menjulang kejuaraan MSC 2024 baru-baru ini.
Dalam pada itu, XK Penjahat ditemui ketika pelancaran Kopi Saigon Dark System Series hasil kolaborasi bersama XK dan Soloz.
“Sebab paling utama saya bersetuju untuk kolaborasi ini kerana ia jenama tempatan kerana sebagai rakyat tempatan kita perlu sokong jenama tempatan.”
Untuk makluman, Dark System Series merupakan tiga produk minuman baru dari Kopi Saigon iaitu Dark Fighter (Vanilla Choco), Dark Assassin (Apple Passion) dan Dark Mage (Milky Peach Passion).