Baju rasmi kontinjen Malaysia untuk perarakan Olimpik cukup elegan – Hannah Yeoh

73

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh memberitahu bahawa busana rasmi untuk kontinjen Malaysia bagi perarakan pada pembukaan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 akan dilancarkan pada 24 Julai ini.

Hannah yang sudah melihat busana kontinjen negara yang direka oleh dua pereka terkemuka negara Rizman Ruzaini sangat elegan.


“Baju untuk perarakan adalah dibawah bidang kuasa Majlis Sukan Negara (MSN) dan tahun ini kita mendapat khidmat daripada pereka terkemuka iaitu Rizman Ruzaini.

Itu sahaja yang saya boleh katakan dan saya percaya atlet kita bila mereka memakai baju itu pada perarakan hari perasmian Sukan Olimpik akan jadi satu kebanggaan,”

katanya.

Tambahnya lagi, busana itu akan menampilkan ciri-ciri Malaysia dan yang paling penting cukup selesa.

“Untuk saya, perkataan yang saya boleh ungkapkan rekaan baju rasmi kontinjen negara adalah ‘elegan’.”

Hannah berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran Sports Aviation Management System (SAMS) di Putrajaya semalam.