Sukar untuk dapat pingat tapi saya akan bantu mereka buat yang terbaik di Olimpik nanti – Lee Jae-hyung

81

Ketua jurulatih pasukan memanah negara, Lee Jae-hyung mengakui sukar untuk mereka meletak sasaran pingat di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 kerana dua daripada tiga atlet memanah negara belum pernah sertai kejohanan besar dunia.

Menurut Jae-hyung, beliau bagaimanapun akan membantu ketiga-tiga atlet itu untuk buat yang terbaik supaya dapat keputusan positif.


“Susah untuk saya sasar apa-apa pingat kerana dua daripada tiga atlet tidak pernah sertai kejohanan dunia hanya Syaqiera saja.

Jadi sukar untuk cakap tapi saya akan bantu mereka untuk buat yang terbaik di sana nanti,”

katanya.

Untuk sukan memanah recurve, tiga atlet berjaya melayakkan diri adalah Syaqiera Mashayikh, Ariana Nur Dania Mohd Zairi dan Nur Azleena Mohd Fazil.

Dalam pada itu, Jae-hyung memberitahu apa sahaja boleh berkata pada hari pertandingan nanti kerana biarpun atlet negara mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh latihan.

“Seperti yang saya katakana tadi saya akan bantu yang mana boleh kerana berdasarkan sesi latihan mereka memperlihatkan tahap ketepatan mereka cukup tinggi tapi apabila di sana nanti kita tidak tahu mereka boleh serap tekanan itu atau tidak.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum beliau dan atlet-atletnya berlepas ke Paris.

Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.