Kekalahan di ‘away’ tak membimbangkan tapi kita perlu segera atasinya – Nidzam Jamil

15

Ketua jurulatih pasukan Selangor FC, Nidzam Jamil tidak terlalu bimbang dengan prestasi pasukannya apabila bermain di tempat lawan tetapi beliau mahu pasukannya kembali bangkit untuk mengatasi perkara tersebut.

Nidzam berkata demikian selepas mereka kali tiga kali di tempat lawan iaitu tewas kepada Kuching City FC, KL City FC dan terbaru kepada Terengganu FC 3-2 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) baru-baru ini.


“Kekalahan di tempat lawan bukan membimbangkan tapi ia adalah perkara yang kita perlu atasi segera.

Tapi saya suka cakap tentang komitmen macam mana kami nak buat kebangkitan selepas ketinggalan dua gol, kemudian 2-2 dan akhirnya 3-2. Kita perlu lebih fokus dan peka dalam perlawanan.

Sekali lagi, positifnya kita akan bermain di MBPJ nanti jadi saya ‘look forward’ untuk 90 minit sekali lagi,”

katanya.

Dalam pada itu, Nidzam turut memuji komitmen kesemua pemainnya terutamanya Noor Al-Rawabdeh yang tetap bermain biarpun mengalami kecederaan di kepala.

“Noor sepatutnya kena lima jahitan ketika ‘half time’ tapi beliau beritahu saya yang beliau mahu bermain untuk bantu pasukan jadi saya sangat hargai tindakan beliau dan pemain-pemain lain juga tidak terkecuali.”

Sementara itu, Selangor dan Terengganu akan turun berentap sekali lagi pada 3 Ogos ini di MBPJ bagi merebut tempat ke perlawanan akhir Piala FA.