Kerteh FC lancar keahlian koperasi penyokong! Dari komuniti untuk komuniti
Kelab bola sepak Kerteh FC terus menjadi ‘benchmark’ kepada kelab-kelab bola sepak di negara termasuk kelab bola sepak profesional apabila mereka terus melangkah ke hadapan dengan mengumumkan pelancaran rasmi pendaftaran keahlian Koperasi Penyokong Kelab Bola Sepak Kerteh Berhad (KPKBKB).
Menerusi satu kenyataan rasmi Kerteh FC, pelancaran koperasi itu adalah satu langkah strategik untuk mengukuhkan sokongan dan penglibatan bukan sahaja komuniti setempat, tetapi juga buka peluang kepada komuniti luar Kerteh terhadap kelab.
Bagi mereka yang menyertai KPKBKB, pelbagai faedah eksklusif menanti ahli yang akan memberi pengalaman unik dan berharga buat ahli-ahli.
Antara faedah-faedah yang bakal dinikmati ahli koperasi adalah seperti berikut:
– ๐๐ธ๐๐ฒ๐ ๐ฉ๐๐ฃ: Peluang mendapatkan jemputan ke acara khas bersama pemain dan pengurusan Kerteh FC.
– ๐๐ถ๐ ๐๐ธ๐๐ธ๐น๐๐๐ถ๐ณ ๐๐ต๐น๐ถ: Penerimaan kit ahli yang mengandungi barangan premium Kerteh FC.
– ๐๐ฎ๐ธ ๐ ๐ฒ๐บ๐ฏ๐๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฝ๐๐๐๐๐ฎ๐ป: Peluang menyertai Mesyuarat Agung Tahunan koperasi dan memberikan pandangan dalam keputusan penting.
– ๐๐ถ๐๐ถ๐ฑ๐ฒ๐ป ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป๐ฎ๐ป: Menikmati dividen tahunan berdasarkan keuntungan operasi perniagaan koperasi.
“Kami percaya dengan penglibatan dan sokongan daripada komuniti, Kerteh FC akan terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
“Kami mengajak semua penyokong untuk menyertai koperasi ini dan bersama-sama kita memacu kelab ke arah kecemerlangan,” ujar Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim.
Dalam pada itu, setiap ahli juga mempunyai peluang untuk menjadi sebahagian daripada ‘keluarga’ Kerteh FC yang mana mereka tidak hanya menjadi ahli koperasi tetapi juga mempunyai suara dan peluang untuk beri impak positif kepada kelab.
Menggunakan slogan ‘Bukan sekadar sebuah kelab, kita adalah keluarga’, mana-mana pihak yang ingin mendaftar keahlian boleh layari laman sesawang https://www.ghxst.org/kertehfc atau hubungi kami di +60 11-2093 0877 atau email coop@kertehfc.com.
Sementara itu, inisiatif yang dilakukan oleh Kerteh FC ini mungkin boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada kelab-kelab bola sepak untuk membuat perkara sama.