Dari Times Square ke Piala Dunia PUBG MOBILE 2024 – INFINIX GT 20 Pro menuju kegemilangan permainan

39

Infinix telah bekerjasama dengan pemain yang menjuarai PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Timur Tengah, Afrika (EMEA) serta rantau Asia Tengah dan Selatan (CSA) untuk ambil alih papan iklan besar di Times Square New York, mengumumkan penyertaan Infinix dalam PIALA DUNIA PUBG MOBILE 2024 (PMWC) yang akan datang.

Sebagai telefon permainan rasmi untuk musim PMSL EMEA 2024 DAN CSA, Infinix GT 20 Pro telah memberikan pengalaman permainan yang luar biasa kepada pemain pasukan. Prestasi mengagumkannya telah diperakui oleh pemain-pemain, membawanya kepada papan iklan di Times Square.


GT 20 Pro bersinar di Times Square

GT 20 Pro terus bersinar di Times Square New York yang mana ia dikenali sebagai ‘Crossroads of the World’, adalah daerah komersial yang sibuk dan pameran yang diidamkan untuk jenama global. Papan iklan tinggi di Times Square dapat menarik perhatian dunia sekaligus menjadi aspirasi tertinggi bagi banyak jenama.

Baru-baru ini, GT 20 Pro dari Infinix membuat penampilan besar di Times Square, menonjolkan kehebatan permainan yang luar biasa dan mengukuhkan kepimpinan Infinix dalam industri e-sukan. Langkah ini seterusnya meningkatkan pengaruh global jenama tersebut.

Piala Dunia E-Sukan

Piala Dunia PUBG MOBILE 2024 (PMWC) dan Piala Dunia E-Sports adalah acara besar pertama dalam ekosistem e-sukan PUBG MOBILE, dengan hanya pasukan yang telah menghadapi cabaran ketat dalam siri kejohanan serantau PUBG MOBILE yang layak untuk bersaing dalam PMWC 2024. Acara ‘Piala Dunia E-Sukan’ yang diiktiraf di seluruh dunia ini mengumpulkan juara dan pasukan terkemuka dari pelbagai kejohanan serantau PUBG MOBILE. Mewakili rantau dan peminat masing-masing, mereka akan bersaing untuk merebut gelaran juara PMWC 2024 dan bersedia untuk perjalanan mereka ke final global akhir tahun, PMGC.

Infinix GT 20 Pro akan terus memperkasakan pasukan dan pemain dari seluruh rantau PMSL semasa mereka memulakan pengembaraan PMWC mereka. Kami berharap dapat menyaksikan prestasi luar biasa mereka yang berterusan dalam perlawanan PMWC yang akan datang dan menjangkakan kejayaan yang lebih besar.

“Infinix GT 20 Pro adalah telefon permainan yang sangat berjaya. Paparan 120Hznya memberikan pengalaman permainan yang lancar. Kami akan terus menggunakan GT 20 Pro untuk perlawanan dan sesi latihan yang akan datang. Kami sangat berterima kasih atas sokongan Infinix, dan kami yakin dapat mencapai kejayaan yang lebih besar! Kesan terbesar kami selepas menggunakan Infinix GT 20 Pro selama sebulan adalah kadar bingkai ultra-tingginya, penyejukan haba yang cekap, dan permainan tanpa gangguan sepanjang masa. Sebagai peminat tegar telefon siri Infinix GT, kami akan terus berjuang bersama GT 20 Pro dan meraih kemenangan di PMWC!,” kata Pasukan Juara PMSL CSA dan MVP.

Mempersembahkan Kehebatan Permainan

Infinix GT 20 Pro mempunyai ciri-ciri canggih, dikuasakan oleh cip paparan permainan khusus Pixelworks X5 Turbo, menandakan ia sebagai telefon pintar dwi-cip pertama dari Infinix. Cip inovatif ini menggunakan Motion Estimation dan Motion Compensation (MEMC) untuk interpolasi kadar bingkai permainan bagi meningkatkan kadar bingkai dari 60FPS kepada 120FPS yang menakjubkan. Enjin kadar bingkai stabil Infinix mengoptimumkan penggunaan haba dan kuasa, memastikan prestasi yang lancar dan cekap. X-BOOST menyediakan pengurusan prestasi berterusan, menggunakan teknologi penyegerakan menegak untuk mencegah skrin ‘tearing’ dan memprioritaskan sumber permainan untuk pengalaman permainan yang paling lancar.

Sebagai telefon pintar rasmi untuk PMWC 2024, Infinix GT 20 Pro akan terus mendominasi medan perang dengan kuasa dwi-cip yang luar biasa, teknologi canggih, dan kerjasama mendalam dengan PUBG MOBILE, bertujuan untuk prestasi puncak yang lebih besar. Menyediakan prestasi yang tiada tandingan, reka bentuk inovatif, dan ciri-ciri terobosan, Infinix GT 20 Pro memenuhi setiap keperluan permainan, memastikan anda mempunyai segala yang diperlukan untuk mengatasi persaingan.

Alami Telefon Pintar Permainan Terunggul

Bagi mereka yang ingin mendapatkan kuasa besar ini, GT 20 Pro tersedia di platform e-dagang rasmi Infinix, termasuk Shopee, Lazada, and TikTok Shop, dan juga menerusi Infinix’s authorized dealers. Kini, anda boleh membawa permainan ke tahap seterusnya dengan Infinix GT 20 Pro.

Nantikan untuk ketahui lehih maklumat mengenai Infinix GT 20 Pro dan kemas kini terkini dari Infinix di laman web rasmi Infinix Malaysia, website, Facebook page, Instagram page dan  TikTok channel.