Malaysia B-19 dijangka tiada masalah ‘bantai’ Thailand B-19 petang ini!

57

Saingan Kejuaraan B-19 ASEAN 2024 sudah sampai ke perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan tumpuan peminat bola sepak tanah air ketika ini adalah perlawanan ketiga pasukan kebangsaan Malaysia yang akan turun menentang Thailand dalam Kumpulan C.

Berdasarkan situasi semasa, kedua-dua pasukan iaitu Malaysia dan Thailand sudah pun berjaya mara ke peringkat separuh akhir selepas kedua-dua pasukan mengutip enam mata hasil dua kemenangan dan perlawanan pada petang ini adalah untuk menentukan pasukan manakah yang akan menjadi juara kumpulan.


Ketika ini skuad kendalian Juan Torres Garrido unggul di puncak dengan perbezaan jaringan yang cukup besar selepas berjaya membelasah Brunei 11-0 dan Singapura 5-0.

Skuad negara yang berada pada prestasi terbaik ketika ini dilihat tidak akan berdepan masalah besar untuk ‘membantai’ skuad Gajah Perang petang ini.

Ini kerana berdasarkan dua perlawanan Thailand sebelum ini biarpun mereka berjaya menang dalam kedua-dua perlawanan tetapi mereka gagal untuk menjaringkan gol yang banyak apabila sekadar membenam Brunei 6-0 dan menang tipis 2-1 ketika menentang Singapura.

Bakal turun dengan status sebagai juara bertahan, skuad negara tidak sepatutnya berasa tertekan sebaliknya Thailand yang sepatutnya berasa tertekan dan gerun berdasarkan jumlah gol yang dijaringkan pasukan lawan (Malaysia).

Dua pasukan dari Kumpulan A dan Kumpulan B iaitu Indonesia dan Australia sudah pun mengesahkan tempat mereka di separuh akhir mereka masing-masing unggul dengan rekod bersih tiga kemenangan.

Malaysia dan Thailand dijadual akan turun beraksi di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya pada pukul 4.00pm waktu Malaysia.

Ayuh kita doakan kemenangan buat skuad negara!