Saya setuju pemain warisan tapi tak setuju jika pemain naturalisasi – Dr. Mat

59

Pensyarah Kanan PJ & Sains Sukan IPGM Sultan Mizan dan Pengasas DNA HLMAT, Dr. Mat Berahim memberitahu beliau tiada masalah untuk pasukan kebangsaan Malaysia dibarisi oleh pemain warisan tetapi tidak bersetuju jika dibarisi oleh pemain naturalisasi.

“Saya setuju dengan pemain warisan tapi pemain naturalisasi memang saya tak setuju. Pemain naturalisasi tak ada darah Malaysia.

Nak main bola ada banyak aspek salah satunya psikologi sukan iaitu semangat kenegerian dan semangat kenegaraan dan patriotik mesti ada di situ.

Ini nak menyanyi lagu Negaraku pun saya tak pernah tengok. Benda-benda seperti itu kena ada,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dr. Mat pada masa sama turut memuji pasukan negara jiran iaitu Indonesia yang turut menggunakan ramai pemain warisan tetapi bermain dengan taktikal bola sepak moden.


“Tengok taktikal pasukan Indonesia ketika ini, mereka ambil pemain warisan ke atau pemain tempatan tetapi mereka bermain dengan taktikal ‘bola leret’ (taktikal moden).

Manakala kita (Malaysia) pula bukan sahaja ada pemain warisan tapi juga pemain naturalisasi tetapi kenapa kita kalah? Sebab taktikal lah.”

Dalam pada itu, Dr. Mat juga memberi pandangan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk lebih fokus untuk cari pemain tempatan berkualiti terlebih dahulu sebelum cari pemain warisan yang berpengkalan di luar negara.

“Bagi saya sebelum kit acari pemain warisan, kita cari dulu pemain Malaysia yang berkualiti.”

Beliau turut menegaskan negara tidak ketandusan pemain tempatan berkualiti dan memberi contoh beberapa pemain seperti Syafiq Ahmad, Arif Aiman, Safawi Rasid dan beberapa lagi yang patut diberi perhatian untuk lebih menonjol.