‘The Malaya’ akan pancar aura keemasan di Seine River! Harap bawa tuah pingat emas pertama Malaysia!
Segmen HARIMAU MALAYA – ‘Baru Tahu Sekarang!’! Episod 4 BTS membawakan kepada anda mengenai acara yang dinantikan oleh penggemar sukan seluruh dunia iaitu acara pembukaan Olimpik Paris 2024. Edisi ini sangat istimewa kerana buat pertama kalinya acara pembukaan akan diadakan di luar stadium iaitu di Seine River, Perancis. Kontinjen kita akan mengenakan busana dari pereka fesyen terkenal Malaysia iaitu Rizman Ruzaini. Busana ini dinamakan ‘The Malaya’ dan berwarna Hijau Zaitun. Pemilihan warna kali ini lebih unik berbanding tahun sebelum ini di mana kontinjen kita banyak mengenakan busana berwarna jingga, putih dan merah. Apa pendapat anda mengenai busana rasmi Kontinjen Malaysia kali ini?