Komitmen tinggi setiap pihak penyumbang kepada kejayaan ATB B-10 jadi juara Malaya Junior Cup

Jurulatih Akademi Tunas Bangsar (ATB), Muhammad Nasri Safwan memberitahu komitmen yang diberikan semua pihak telah menjadi tunjang utama dalam kejayaan pasukan B-10 yang berjaya menjadi juara Harimau Malaya Junior Cup baru-baru ini.
“Pertama sekali syukur Alhamdulillah AT Bangsar dapat jadi juara. Kita semua bawa semangat AT Bangsar sendiri untuk jadi juara sebab pemain bagi 100%, ibu bapa bagi 100% sebab itu kita berjaya menang di perlawanan akhir,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Berjaya julang Harimau Malaya Junior Cup menyaksikan AT Bangsar telah melayakkan diri ke Grand Final yang akan berlangsung pada 10 Ogos 2024 di Subang, Selangor.
Dalam pada itu, Nasri berkata sebagai jurulatih beliau sentiasa menerapkan semangat juang tinggi kepada pemain-pemain dalam setiap perlawanan yang dihadapi mereka.
“Yang saya selalu terapkan adalah jiwa ‘fighter’ sendirilah yang mana bila kita main, kita perlu bersemangat.
Kalau dalam jiwa ada ‘fighter’ insyaAllah kita boleh lawan sesiapa sahaja, siapa pun kita langgar saja.”
Sementara itu, juara Grand Final akan mendapat hadiah tajaan daripada 4ward Entertainment untuk dibawa ke luar negara bagi mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa.