50 pasukan bakal rebut kejuaraan Liga PBKL 2024/25

146

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terus memberi tumpuan pada pembangunan bola sepak apabila mereka akan kembali menganjurkan Liga Bola Sepak Kuala Lumpur untuk musim 2024/25 (Liga PBKL 2024/25).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan PBKL iaitu Rahmat Mohd Diah, Liga PBKL musim ini dijangka akan berlangsung selama tiga bulan.


Pihak jawatankuasa pertandingan juga telah memilih beberapa venue dan masih lagi mencari beberapa venue tambahan sebelum pelancaran Liga PBKL musim ini.

Objektif utama penganjuran Liga PBKL ini adalah untuk menjadikan liga tersebut sebagai platform pencarian bakat baharu.

Dalam pada itu, Rahmat juga berkata pihaknya masih mengalu-alukan mana-mana pihak untuk tampil bersama untuk memeriahkan lagi Liga PBKL.

“Kami juga mengalu-alukan mana-mana pihak korporat dan jenama untuk bersama kami untuk memeriahkan lagi liga musim baharu ini,”

ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

Sehingga kini sebanyak 50 pasukan sudah pun mendaftar untuk bersaing dalam Liga PBKL musim ini.

Untuk musim ini KLFA menawarkan wang hadiah berjumlah lebih RM60,000.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap
and choose
Add to Home Screen