Kita bawa pasukan ke Harimau Malaya Junior Cup untuk timba pengalaman – Coach Reza

126

Jurulatih pasukan NNine Puma FC, Reza memberitahu objektif utama mereka menyertai kejohanan Harimau Malaya Junior Cup adalah untuk pemain-pemainnya menimba pengalaman untuk bermain di peringkat lebih tinggi.

“Kita mahu luaskan pengalaman pemain-pemain bermain di peringkat lebih tinggi,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Pasukan NNine Puma FC yang bersaing dalam kategori B-12 telah memperlihatkan kehebatan mereka apabila berjaya menjadi juara dalam kejohanan yang berlangsung di Arena Kuala Lumpur sekaligus berjaya layak ke peringkat Grand Final.


Reza mengakui melatih pemain-pemain di peringkat akar umbi adalah tugas yang agak mencabar tetapi beliau bersyukur apabila pasukannya berjaya bermain dengan baik untuk merangkul kejuaraan.

Dalam pada itu, Reza juga berkata setiap pemain yang dibawa untuk ke kejohanan itu mendapat minit permainan sama rata.

“Kita akan sentiasa beri motivasi kepada pemain dan kesemua pemain dapat minit permainan yang sama rata. InsyaAllah saya rasa kami boleh pergi lebih jauh lagi di Grand Final nanti.”

Sementara itu, juara bagi setiap kategori di Grand Final nanti akan menyaksikan mereka akan mendapat tajaan daripada pihak produksi filem “Harimau Malaya: The Untold Journey” iaitu 4ward Pictures Sdn Bhd untuk dibawah ke luar negara untuk bermain perlawanan persahabatan.

Kejohanan Harimau Malaya Junior Cup dianjurkan bersempena dengan tayangan filem “Harimau Malaya: The Untold Journey” yang akan ditayangkan di seluruh negara bermula 15 Ogos ini.