Saya harap pemain lain ada perasaan bertanggungjawab pada pasukan – Wan Zack Haikal

79

Ketua pasukan Perak FC, Wan Zack Haikal meluahkan rasa sedih dan kecewanya apabila mereka mempamerkan prestasi tidak konsisten apabila terbaru mereka tewas 2-1 kepada Kuching City FC pada perlawanan Liga Super semalam di tempat sendiri.

“Saya rasa sedih sebab kita tidak beraksi dengan konsisten dan saya juga banyak buat kesilapan-kesilapan mudah jadi apa yang penting saya harap pasukan kami akan terus bangkit.

Permainan saya tidak terlampau baik hari ini tapi saya mempunyai hati lebih kepada pasukan dan saya harap pemain lain ada perasaan bertanggungjawab pada pasukan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Terdahulu ketika sidang media bersama ketua jurulatih Yusri Che Lah selepas tamat perlawanan, beliau memberitahu bahawa Wan Zack tidak sepatutnya diturunkan dek mengalami kecederaan lutut tetapi tetap mahu turun untuk bantu pasukan.


Dalam pada itu, Wan Zack juga tidak dapat membendung kesedihannya terhadap prestasi pasukan yang ‘yo yo’ dan tidak seperti pra musim mereka sebelum ini.

“Saya harap Coach Yus akan lebih kuat kerana beliau sudah berikan 100% tetapi masih ada pemain yang belum capai tahap prestasi yang baik.”

Sementara itu, dengan kekalahan terbaru kepada Kuching City menyaksikan Perak kini menghuni tangga kesembilan Liga Super selepas tujuh perlawanan selepas dua kemenangan dan lima kekalahan.