Tchetche Kipre gembira dapat bantu pasukan peroleh kemenangan selepas kembali dari kecederaan

73

Penyerang import sensasi Kuching City FC, Tchetche Kipre gembira apabila gol yang dijaringkannya berjaya membantu pasukannya tewaskan Perak FC 2-1 dalam perlawanan Liga Super sekaligus membawa pulang tiga mata berharga.

“Saya tidak bermain kira-kira enam minggu kerana saya mengalami kecederaan dan saya hanya turun berlatih tiga hari sebelum perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC jadi apabila jurulatih beri kepercayaan kepada saya untuk turun beraksi saya akan bantu pasukan.

Kami bermain dengan baik sekali, bertahan dan menguasai permainan jadi kemenangan ini adalah untuk pasukan.

Selepas anda lama tidak beraksi dan bila kembali bermain kemudian dapat jaringkan gol untuk bantu pasukan menang pastinya saya berasa cukup gembira,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai perlawanan di Stadium Ipoh, Kipre mengakui pasukan Perak bermain dengan cukup baik di separuh masa pertama apabila mereka berjaya menjaringkan gol awal.


Namun perubahan yang dilakukan oleh ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak di separuh masa kedua berjaya membuahkan hasil.

“Pada separuh masa kedua kita berjaya mencipta lebih banyak peluang dan lebih berbahaya dan oleh sebab itu kita berjaya jaringkan dua gol.”

Kemenangan terhadap Perak telah menyaksikan Kuching City kini berada di kedudukan keempat Liga Super sekaligus memberi petanda bahawa mereka kini bukan lagi pasukan ‘lauk’ seperti beberapa musim sebelum ini.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen