Walaupun sudah berusia 40 tahun Shahir tetap akan beri saingan kepada pemain muda

67

Pemain pertahanan Manjung City FC (MCFC), Mohd Shahir Safian menegaskan walaupun usianya sudah mencecah 40 tahun namun beliau akan tetap cuba memberikan saingan kepada pemain-pemain muda dalam pasukan.

“Sekarang ini saya sudah berusia 40 tahun jadi insyaAllah sikit-sikit saya akan cuba menyesuaikan diri dan beri saingan kepada adik-adik (pemain muda) ini dan saya juga akan dibantu oleh adik-adik ini kerana mereka juga mempunyai pengalaman,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Shahir merupakan pemain paling berusia yang beraksi dalam saingan liga semi-profesional Liga A1 untuk musim ini.


Untuk makluman, Shahir sebelum ini pernah bermain secara profesional bersama kelab ATM yang beraksi di saingan Liga Perdana.

Dalam pada itu, Shahir juga mengakui saingan Liga A1 juga sangat kompetitif tambahan pula saingan pada musim ini beberapa kelab diperkuat dengan pemain import.

“Semua sedia maklum pada musim ini ada pemain import dalam saingan Liga A1 jadi kami terpaksa cepat menyesuaikan diri dengan situasi ini kerana pasukan kami tidak mempunyai pemain import dan kami juga dapat beri saingan sengit kepada Melaka FC yang mempunyai mempunyai pemain import.”

Sementara itu, Manjung City kini berada di kedudukan kesembila liga selepas tujuh perlawanan hasil dua kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan.