Walaupun masih tak mampu bermain tapi saya dapat beri semangat kepada rakan sepasukan – Faisal Halim

94

Pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim mengakui terkejut apabila ketua jurulatih Nidzam Jamil menyenaraikannya dalam senarai pemain simpanan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2024 menentang Terengganu FC baru-baru ini.

Menurut Faisal, biarpun dirinya masih belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan tetapi beliau dapat beri semangat kepada rakan sepasukan.


“Apa yang saya boleh katakan saya membawa semangat apa yang saya mampu walaupun saya tak mampu bermain kerana belum cergas lagi tapi saya dapat beri semangat kepada rakan-rakan saya.

Saya pun terkejut juga bila dapat tahu disenaraikan, tapi apa yang saya boleh bantu adalah beri semangat,”

katanya.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Selangor telah mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menang 4-1 untuk menang agregat 6-4 sekaligus menempah tiket ke perlawanan akhir.

Perlawanan akhir Piala FA untuk musim ini akan menyaksikan pertemuan di antara dua pasukan gergasi iaitu Selangor dan JDT.

Sementara itu, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey memberitahu beliau sudah pun kembali turun berlatih bersama pasukan selepas hampir tiga bulan berehat panjang selepas menjadi mangsa simbah asid.