Sengat Syafiq Ahmad akan berterusan dalam saingan Liga Malaysia?

218

Sejak menyertai pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), penyerang sensasi Syafiq Ahmad dilihat semakin serasi dan mempamerkan aksi yang cukup mantap dalam beberapa siri perlawanan pra-musim.

Syafiq yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membuktikan bahawa beliau masih lagi berbisa di hadapan pintu gol walaupun sebelum ini sering memaskan bangku simpanan sahaja ketika JDT.


Pemain berusia 26 tahun itu mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam kem Hijau Kuning selain mengakui berasa sangat gembira apabila dapat kembali ‘pulang’ ke Darul Aman setelah sekian lama.

Sumber foto: KDA FC Facebook

Berdasarkan beberapa siri perlawanan pra-musim sebelum ini, Syafiq telah menjaringkan hatrik pada perlawanan pra-musim pertama sekaligus membantu Kedah menang besar ketika menentang MADA FC.

Prestasi Syafiq terus cemerlang apabila berjaya menjaringkan gol dan membantu pasukan Sang Kenari memenangi kesemua perlawanan termasuk satu seri ketika menentang UiTM FC.

Malah beliau semalam turut menyumbang satu gol pada perlawanan pertama Piala Sabah Maju Jaya (SMJ) ketika menentang Sarawak United FC yang mana menyaksikan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak menang 3-0.

Prestasi yang dipamerkan oleh Syafiq ketika ini boleh dikatakan sebagai api kebangkitan pemain itu selepas mengharungi empat musim yang akan hambar apabila hanya membuat 34 penampilan dengan enam jaringan sahaja.

Sumber foto: KDA FC Facebook

Sejak menyertai Kedah dalam beberapa perlawanan pra-musim, Syafiq sudah pun menjaringkan lima gol sekaligus memberi laungan amaran awal kepada barisan pertahanan lawan yang bakal bertemu Kedah pada perlawanan sebenar nanti.

Bagaimanapun persoalan yang timbul kini adalah mampukah Syafiq meneruskan pada aksi sebenar apabila saingan Liga Malaysia bermula kerana umum mengetahui perlawanan pra-musim ini adalah perlawanan untuk setiap jurulatih cuba mencari kombinasi terbaik.

Jika beliau dapat memberikan persembahan konsisten, tidak mustahil Syafiq mampu mencipta kejayaan peribadi dan bersama pasukan Kedah pada musim ini.

Pada musim ini Kedah bukan sahaja akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia sahaja tetapi mereka juga akan beraksi pada saingan Piala AFC.

Dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh Syafiq termasuk pernah beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (AFC Champions League), khidmat beliau amat diperlukan bagi memastikan Kedah mampu sekurang-kurangnya mampu mara ke peringkat suku akhir seperti yang pernah dilakukan mereka pada tahun 2008.

Kedah akan membuka tirai saingan Liga Super musim ini dengan bertandang ke Bumi Kenyalang untuk bertemu dengan Sarawak United FC.

Mampukah Syafiq mengembalikan prestasi cemerlangnya seperti satu dahulu ketika menyarung jersi Hijau Kuning? Sama-sama kita tunggu dan lihat.