FAM hormat keputusan MFL dan FIB kepada KL City FC – Noor Azman

72

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman memberitahu pihak FAM menghormati keputusan yang dibuat oleh Malaysian Football League (MFL) dan First Instance Body (FIB) terhadap kelab KL City FC baru-baru ini.

“Saya tidak nampak AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) akan campur tangan kerana Setiausaha Agung AFC iaitu Datuk Seri Windsor suruh kita (FAM) ‘aware’ dan kita juga sudah hantar surat kepada MFL dan mereka juga sudah menyiasat dan FIB sudah keluarkan kenyataan.

Jadi kita hormati keputusan daripada MFL dan FIB,”

katanya.

Terdahulu MFL telah mengeluarkan kenyataan KL City telah dikenakan hukuman oleh FIB susulan proses pemberian Lesen Kebangsaan dan Lesen AFC kepada kelab itu selepas didakwa berdepan masalah gaji dan caruman KWSP.


Berikut adalah hukuman yang dikenakan kepada pasukan The City Boys:

Hukuman Berdasarkan Lesen Kebangsaan

Dengan merujuk kepada sub-kriteria F.04, tunggakan agensi kerajaan setakat 31 Disember 2023 perlu diselesaikan sebelum 30 September 2024. Sekiranya pihak KL City FC gagal menyelesaikan tunggakan tersebut secara bayaran penuh pada tarikh akhir yang ditetapkan oleh pihak FIB, kegagalan ini akan dibawa ke pihak FIB dengan merujuk kepada artikel 2.4 “Licensing Sanctions” untuk tindakan dan hukuman selanjutnya.

Berdasarkan deklarasi tunggakan yang tidak tepat / tidak benar dengan merujuk kepada artikel 2.4 (c), (f) & (o);

• DENDA PEMOTONGAN MATA SEBANYAK 6 MATA

• DENDA SEBANYAK RM 50,000

• Larangan perpindahan pemain sehingga hujung musim 2024-2025

Hukuman Berdasarkan Lesen AFC

Dengan merujuk kepada sub-kriteria F.04, deklarasi tunggakan bayaran gaji dan agensi kerajaan setakat 31 Disember 2023 yang perlu diselesaikan pada 31 Mac 2024. Setelah didapati bahawa serahan deklarasi Kelab kepada unit perlesenan kelab MFL melalui system AFC CLAS pada 29 Mac 2024 adalah  tidak tepat / tidak benar, maka dengan merujuk kepada MFL CLR 2023 bagi Lesen AFC dibawah artikel 2.4 “Licensing Sanctions (d), (f), (n)” adalah seperti berikut:

• TIDAK DIBENARKAN untuk memohon lesen AFC selama dua kitaran Pelesenan kelab MFL (kitaran 2024-2025 dan 2025-2026)  

• DENDA SEBANYAK RM 50,000

• Lesen AFC bagi pasukan KL City FC yang diluluskan oleh FIB untuk kitaran pelesenan kelab MFL 2023-2024 bagi musim AFC 2024-2025 DIBATALKAN

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen